“kam minna wa laisa fina, wa kam fina wa laisa minna”

Friday, December 13, 2013

“kam minna wa laisa fina, wa kam fina wa laisa minna”

Berapa banyak orang dari kita tapi tidak bersama kita dan berapa banyak yang bersama kita tetapi tidak termasuk dalam golongan kita.

Hassan Al-Banna

Persoalan dilontarkan… maksudnya, berapa banyak orang yang dikalangan kita ni namun hakikatnya mereka tidak sepatutnya berada disini, tidak punya criteria yang sepatutnya sebagai seorang penggerak, tidak mahu, atau niat dia salah. Dan berapa ramai pula, orang yang diluar sana, punya muwosoffat yang baik, lebih layak memikul kerja dakwah, ingin dan mampu melakukannya namun masih belum bersama kita?

Perkara pertama yang perlu diingatkan tujuan utama dakwah adalah usaha menjadi dan membina jiwa-jiwa yang bersifat rabbani. Maka keutamaanya adalah mengajak kerah penyembahan Allah disamping mengalihkan jiwa daripada penyembahan selain Allah. Oleh yang demikian, usrah tahmidi, atau usrah 01 fokusnya adalah kepada pembinaan peribadi muslim. Persoalan seterusnya, bagaimana pula dengan mereka yang menggerakkan dakwah itu sendiri, yang berada pada urah 02, apa pula fokusnya? Sudah pasti, bila dah masuk 02, peribadi muslim itu seharusnya sudah dibentuk. Bukanlah mereka yang sekadar tahu 10 muwosoffat terdiri daripada, sekian sekian, tapi, dirinya sendiri tidak benar-benar menjiwai keperibadian itu. Fokus usrah 02, atau usrah penggerak ini adalah bagi membentuk peribadi yang mendokong fikrah serta faham tentang amal jamie. Jika isu pembentukan keperibadian muslim itu sendiri belum terbentuk, bagaimana jiwa itu mampu menjadi jiwa yang boleh ikhlas mendokong fikrah? Semasa KOSMIK, ana masih lagi ingat (sebab ada salin lah), apakah yang dimaksudkan dengan “adanya fikrah”. Sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya, kiranya pengikutnya:

YAKIN dan ini membuatkan dirinya bersungguh untuk berjaya

KEIKHLASAN dalam berjuang

Semakin BERSEMANGAT dalam merealisasikannya

Ada persiapan untuk BERAMAL & BERKORBAN dalam mewujudkannya


Hassan Al-Banna juga mengatakan bahawa ciri PEMUDA yang NORMAL, adalah mereka yang punya 4 perkara yakni, iman, keyakinan, semangat dan beramal.

Ciri-ciri dakwah

Pertama dan yang utamanya, usrah perlulah bersifat rabbaniyyah. Dimana focus didikan adalah penyembahan pada Allah. Sesuatu usrah itu bukanlah usrah yang sihat kiranya tidak mendekatkan lagi ahlinya kepada Allah, dan boleh dikira salah kiranya mendekatkan ahlinya kepada selain dari Allah.

Yang keduanya, islamiyyah qabla jam’iyah, atau bersifat Islamiyyah sebelum menekankan tentang jemaah.

Yang ketiga, syamilah ghoiru juz’iyah, bersifat menyeluruh bukanlah menekankan sebahagian sahaja

You Might Also Like

0 comments

makasih ya udah baca :)
tambah makasih kalo mau kasih comment dibawah ini ^____^

Popular Posts

Featured post

Disclaimer

Sumber: di sini Saat kemarin membuka blog ini setelah 3 tahun 3 bulan 15 hari berlalu.. saya akhirnya mulai merapikan blog ini kembali ...

My Latest Vlog on Youtube

My latest post on instagram